Tuesday 9 April 2013

CINTA MONYET apakah itu???

 

APA KHABAR kawan2 lama kan hani menyepi.. :) hani nak senyum2 jew sedekah hani satu hehe...

 

ASSalamualaikum...ukhti,,,moga istiqamah di jalan dakwah,,Hani doakan ukhti sentiasa thabat dalam jalan ini.Perlahan-lahan bibir hani mengukir senyum,,ada rasa bahagia yng menjalar di dalam dada,,,hati semakin berbunga,,"ehh,,kenapa dengan aku ni??" Namun segera disangkal "ahh,,mungkin seronok kerana Exam da habis dan ada rakan seperjuangan yang mendoakan"hehehe.... Dah lama hani tak tulis entry kan behabuk pulak Blog hani hehhee.... hani memang nak tulis entry ni tetapi masa mehalang hani hoho.. seminggu duaminggu ni bizy dengan Exam la dan macam2 lagi. ERmmmm terdetik di hati hani nak tulis entry cinta2 ni. Tapi bezanya ini bukan cinta biasa, cinta monyet. untuk hani untuk wanita terutama adik2 yang masih bersekolah. 


Kenapa hani boleh terdetik nak tulis cinta monyet ni? coz satu hani pehati kan sekarang dalam FB budak2 sekolah ramai betoi da cinta2 ni mgalah kan orang dewasa. Dan ada freen dalam fb mmintak pdangan dari hani bab cinta ini, Hani mpu mbrikan nasihat tapi tak tahu pdpat hani betul atau salah. Itu atas diri seseorang, kbayakannya yang tanya2 hani bab cinta ni budak belasan tahun, budak2 sekolah. itu motif nya hani nak tulis entry ini kepada budak sekolah. 

 Photo: Wahai hati sang lelaki , apabila tanganmu gatal untuk menaip email-email yang berkemungkinan mengundang musim bunga dalam jiwa mereka, maka pertanyakan kepada dirimu, 

“Bukankah masih ramai ikhwah-ikhwahku yang memerlukan kata nasihat dan pemangkin semangat?”

Lalu hantarlah SMS tersebut kepada mereka. Layarkanlah email penguat semangat kepada teman-teman seperjuangan tercinta. Itu jauh lebih diredhai-Nya, insya-Allah.



#####################

                 
"Salam ukhti,,,moga istiqamah di jalan dakwah,,ana doakan ukhti sentiasa thabat dalam jalan ini."   Sender:Akh Umar 0141234567
 
Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum,,ada rasa bahagia yng menjalar di dalam dada,,,hati semakin berbunga,,
"ehh,,kenapa dengan aku ni??" Namun segera disangkal "ahh,,mungkin seronok kerana ada rakan seperjuangan yang mendoakan"
 
Dia terus mengunci pintu bilik,,merebahkan tubuhnya di atas katil sambil membawa secebis rasa bahagia membaca sms tadi yang sebahagian besar bukan kerana isinya,,tapi kerana nama pengirimnya,,
 
 
"Ana sedang berhalaqah,,doakan semoga mad'u-mad'u yang sedang ana dekati ini bertambah keimanannya terhadap Allah,,dan jangan lupa doakan ana juga,,;)" Sender:Akh Umar 0141234567
 
Lantal akal memprotes "haiisshh,,kenapa tiba-tiba dia cerita dekat aku??"namun entah mengapa,,terasa ada puputan bayu yang bertiup halus,, tanpa disangaka dirinya merasa bangga kerana dia menjadi wanita terpilih yang menerima sms tersebut,,
 
Keesokan harinya,,,dia menerima satu mesej lagi,,,
 
Salam ukhti,,ana doakan semoga ukhti dapa t menjawab imtihan dengan tenang,,yakinlah,,innallaaha ma'ana,,ma'at taufiq wannajah!!
 
Hatinya melonjak-lonjak gembira,,mesti aku boleh jawab betul-betul exam kali ni,,
tapi,
 
Sender:Ukhti Elya 0129876543
 
senyumannya semakin memudar,,,ahh ,,bukan dari dia,,frustnya,,T_T
namun,,
 
selang beberapa minit handphonenya berbunyi lagi,,
 
 
"Yakinlah Allah sentiasa memmbantu hambaNya yang memperjuangkan agamaNya,,,ana mendoakan ukhti berjaya dalam imtihan!!Sender:Akh Umar 0141234567
 
yess!!mesej dari dia!!Sinaran mentari pagi itu kelihatan seperti warna spektrum yang indah memancar. Senyumannya mengambang lagi. Hatinya bagai bunga-bunga yang mengambang di musim semi. Mekar dan indah.
 
 
_________________________________________________________________________________
 
 
cerita di atas adalah gerak hati para da'ie yang mungkin sangat dekat dengan kita,,,dan tidak mustahil juga gerak hati itu pernah hadir dalam hati kebanyakan daripada kita,,
mungkin juga ada yang tersenyum kecil sambil berkata ,,"ehhh,,macam cerita aku je ni"
 
 
Mari cermati bahagian akhir daripada cerita tadi. Kalimat SMS keduanya hampir sama, yang isinya mengucapkan dan mendoakan agar berjaya dalam peperiksaan. SMS yang sama tetapi menghasilkan perasaan yang amat jauh berbeza. Kerana baginya yang lebih utama itu siapa yang mengirimnya, bukan apa yang dikatanya.
 
Namun sebenarnya, apakah Allah itu membezakan doa antara lelaki dan perempuan? Mengapa menjadi bahagia saat dia yang berlawanan jantina yang mendoakan?
 
Perkara inilah yang perlu kita cermati dan lihat dari kaca mata yang benar. Terkadang kita tidak perasan dan membiarkan diri kita hanyut dalam alam luar sedar. Dengan berbekalkan alasan bahawa, "Itu hanya sebuah SMS,” atau “Alah, email je.”
 
Namun,,sedarlah bahawa 
itulah perangkap syaitan. Ia menguji kita dengan menggunakan fitrah insani yang telah lama berada dalam jiwa. Fitrah ketertarikan terhadap lawan jenis.
 
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).[Q.S. Ali ‘Imran, 3:14]
 
Apalah gunanya kita jadi bersemangat dan semakin kuat, lantaran sumber semangat dan kekuatan itu adalah sesuatu yang tidak jelas? Malah kemungkinan ia hanyalah jelas-jelas sebuah dosa. Kerana hati berbunga-bunga, menikmati sorotan nafsu di dalam jiwa. Jadilah zina hati yang membuahkan dosa.
 
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”[Sahih Muslim, hadis ke 2282]
 
Wahai hati, apabila engkau menginginkan SMS-SMS seperti itu, maka tanyakanlah kepada hatimu. “Apa yang aku inginkan sebenarnya? Penghargaan daripada dia atau Dia?” Lalu beristighfarlah. Sungguh, kita semua mengetahui bahawa diri kita lemah. Maka kuatkanlah dengan zikrullah.
 
 
Wahai hati, apabila tanganmu gatal untuk menaip email-email yang berkemungkinan mengundang musim bunga dalam jiwa mereka, maka pertanyakan kepada dirimu, “Bukankah masih ramai ikhwah-ikhwahku yang memerlukan kata nasihat dan pemangkin semangat?”
Lalu hantarlah SMS tersebut kepada mereka. Layarkanlah email penguat semangat kepada teman-teman seperjuangan tercinta. Itu jauh lebih diredhai-Nya, insya-Allah.
 
 
Yakinlah,,saat itu pasti datang jua,,biiznillah,,
Ada saatnya. Akan ada saatnya nanti telefon bimbit kita akan berdering dengan masuknya SMS-SMS romantis. SMS-SMS yang walaupun hurufnya hitam semua, tetapi tetap ber’aura’kan merah jambu. Untuk seseorang dan dari seseorang yang telah dihalalkan untuk berbagi hidup dan segala kata cinta yang ada di dalam kamus-kamus cinta. Cinta yang bermuara kepada pencipta-Nya. Cinta dalam Cinta.
 
 
Bersabarlah untuk saat indah itu.
 
“Salam. Abang nak mengisi dauroh ni. Kat depan ni ada lautan bidadari bertudung labuh. Tapi tak ada secantik bidadariku di istana Baiti Jannati. Tunggu abang balik ye.”
 
 
 
“Salam. Jaga hati ye. Nanti saya masak sedap-sedap untuk abang."
 
 subhanallah,,so sweet!!
 
:: moga Allah menetapkan hati kita untuk terus berada di landasan syariat Islam ::


Cinta monyet adalah cinta yang tenggelam timbul. Beralih ke sana dan ke sini. Hari ini suka ,esok tidak dan dahhulu benci,namun sekarang cinta. Cinta monyet adalah cinta yang sering berubah-ubah, tidak mempunyai tujuan  jelas dan hanya berorientasikan nafsu biologi semata-mata. 


Walaupun masih berubah-ubah dan tiada tujuan yang pasti. Namun ketika cinta mula di terima tingkah laku,sikap dan perbuatannya sama seperti orang-orang yang sedang menjalin cinta secara serius. Dia merayu kepada pasangannya,mengajak berdua-duaan di tempat -tempat sunyi,mengajak makan bersama dan sebagainya. 


Biasanya cinta monyet ini melibatkan golongan remaja sekolah, mereka mudah tertarik kepada lawan sejenisnya hanya kerana penampilan dan wajah. lebih2 lagi apabila remaja itu mempunyai pretasi yang mengagumkan dalam persekitarannya seperti juara dalam kelas,mahir olahraga dan pretasi2 lain. Cinta monyet adalah cinta yang muncul kerana perasaan tertarik kepada pencapain dan citra bab kata orang "BINTANg" itu. Seolah2 dia juga boleh jadi bintang.paling tidak pun, kewujubpannya diakui di sisi sang bintang.


Photo: apakah sumbangan kita terhadap ISLAM ??
tepuk dada tanya amal (^^,)

via by : Mujahed Kamal <3 <3

Cinta seperti ini juga mampu hinggap di hati orang dewasa khususnya wanita . Orang ramai memanggilnya sebagai "cinta materialistik" Hal ini kerana cintanya wujud daripada perasaan tertarik kepada "material" atau kebendaan yang ada pada lelaki. Oleh sebab itu, cinta monyet versi cinta dewasa mungkin juga wujud mereka mendambakan cinta yang di salut nikmat kebendaan dan bukannya bersendikan cinta yang tulus dan suci seperti yang diterangkan terdahulu, risikonya wanita itu meninggakan lelaki yang kononnya dicintai apabila lelaki yang menjadi kekasihnya jatuh miskin. 


Memang dasar cinta monyet. Hubungan percintaan sebegini tidak mingkin kekal lama. Pada suatu ketika, sekirannya yang tercinta mengalami masalah kewangan,dia pasti ditinggalkan. Padahal dalam keadaan seperti itu, motivasi daripada pasangan amat diperlukan. Bagaimanakah rasa sekiranya hidup terhimpit masalah ek0n0mi kemudian ditinggalkan kekasih. Sudah pasti setiap orang memilih memutuskan hubungan cinta yang begitu sebelum semuanya berjalan lebih jauh lagi. 


Photo: hadiah dari admin untuk kaum HAWA... boleh la amalkan ye... <3

Begilah tabiat cinta monyet, la mudah menyerah,mudah membuat keputusan. Mudah memilih yang lain, mudah berpisah dan sebagainya terbongkar sikap cinta mereka menjadi sangat romantik . Bukan sahaja lelaki merayu dan mengajak bergembira , malah wanita juga tidak mahu kalah dalam mengimbangan ini rayuan dan perlakuan2 baik yang lain. Wanita seperti ini tidak segan-silu mengorbankan satu-satunya harta paling berharga iaitu keperawannya. sekiranya semua usaha yang dilakukannya tidak dicintainya. dia sanggupa menjerat lelaki itu supaya berzina dengannya.begitulah kesan cinta monyet sekiranya diturutkan.


Setakat ini, penat pulak tangan hani nak taip banyak2 hoho... kita sudah mengetaui selok-belok cinta monyet dari awal usia sehinggal akhir secara mendalam. cinta monyet itu selalu menelan mangsa yang tidak terhingga, jumlahnya. ketika cinta monyet sedang hangat dalam diri seseorang bibirnya menjadi fasih merayu dan pandai pulak menipu. Semua itu sekadar memperturutkan nafsu dan mencari sensasi baharu sahaja.

No comments: