Monday 28 January 2013

Saat jodoh menyapa diri


            Assalamualaikum WBT. salam ukhuwah buat semua. semoga berada di bawah lembayung rahmah Allah SWT. Apa khabar pembaca semua.? Harap-harap baik semua nya. terutama hati dan jiwa korang kena la duduk dalam keadaan baik heee... ermmm... apalah yang saya nak tulis entry hari ini ekk.. apa yang hendak dikongsikan di sini ya? saya nak cerita sedih ka gembira ermmmm.. hari ni memang hari yang sedih bagi saya.. tapi sedih itu tidak semestinya saya kena menagis sepangjang hari, walaupu manusia buat kita sedih tetapi Allah sentiasa ada untuk kita. 




               Saat jodoh menyapa diri. Tahukah kita bila ajal akan datang menjenput kita? Begitulah suratan takdir kehidupan kita yang mampu mentadbir sebaik mungkin. lalu menyimpan segunung harapan diiring doa yang kudus. Tetapi adakah takdir itu serasi dan seiring bersama tadbir yang kita rancanakan? ketukan pintu hati, lalu bertanya di manakah pasangan jiwa berada ? masih di atas lagitkah ? Atau masih di bawah perut bumi ? Atau mungkin sudah di jemput ilahi.


        Memanglah WANG/HARTA bukan segalanya dalam memilih jodoh, tapi kena fikirkan juga masa depan diri sendiri dan keluarga, takkan nak bagi anak bini makan pasir? So kepada yang belum mendirikan rumahtangga tu, belajar-belajarlah untuk SAVING Kepada yang sudah pikul tanggungjawab sebagai suami isteri ayah ibu tu, jagalah keluarga kamu dengan sebaiknya. Tolonglah, bila dah ada keluarga yang cukup bahagia dan lengkap, janganlah hancurkannya hanya disebabkan nafsu bodoh yang tidak berkesudahan. Jauh-jauhkanlah rasa nak CURANG dengan pasangan masing-masing. Yang perempuan tu, janganlah gatal-gatal berkawan rapat dengan suami orang, begitu juga sebaliknya. Yang suami orang tu, ingat-ingatlah amanah dan janji yang suda diberi dan dilafaz semasa akad nikah tu.


            Ingatlah, apa yang kamu buat tu, kamu akan terima balik di masa akan datang tak kira di dunia atau akhirat. Allah itu Maha Adil, setiap perbuatan yang kita buat pasti ada balasan dan ganjaran.


 

               Jodoh itu penuh keunikan. Apabila semakin dikejar, semakin dia berlalu pergi.  Apabila kita hanya menanti, usahkan hadir, bayangnya juga belum pasti. Kadangkala, antara jodoh dan nafsu, kita sering terkeliru. Adakah dia jodoh ditunggu, ataupun dia sekadar menyapa sambil berlalu. Kadangkala hadirnya tidak disangka. Dia rupa-rupanya, jodoh untuk kita. Rencam jodoh, manisnya dapat mendamaikan hati, pahitnya dapat menghancurkan diri. Misterinya dia, hanya Tuhan Maha Mengetahui. Apabila dia menyapa, jodohkah namanya. 

 

         

        Jodoh itu di tangan Tuhan. Mungkin sering kita mendengar pernyataan begitu. saya pun menyetujuinya, bahkan di saat saya yang masih dalam penantian dalam  mencari akhir cerita cinta yang indah ini. jika diambil positifnya, mungkin kita boleh saja beranggapan bahwa Tuhan justru sedang sibuk memperiapkan cerita cinta terindah untuk kita  sampai akhirnya memberikan kesempatan itu di saat kita telah mencapai kepantasan untuk dipilih oleh pribadi yang membahagiakan pilihan Tuhan. heehee..

 

 

           Persoalan Jodoh termasuk perkara yang berada dibawah bab takdir dan telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak azali lagi. Memahami masalah jodoh hendaklah dengan kefahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang diajarkan oleh Rasulullah agar kehidupan kita dilalui dengan pertunjuk yang sahih dan mencapai keredhaan Allah SWT.



             Allah swt befirman : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (Al-Baqarah : 216)





 1352040464767032937

              

         Ya Allah..Seandainya dia jodohku, maka dekatkanlah dia di hatiku, suburkanlah rasa sayang aku padanya, berkatilah perasaan itu..namun sebaliknya jika dia bukan jodohku maka Kau jauhkanlah dia dari aku. Tutuplah pintu hatiku kepadanya...Amin"


 


          Tidak kira apakah jalan yang anda gunakan untuk berkahwin maka ianya sudah pun ditetapkan oleh yang demikian mengapakah kita harus menggunakan JALAN yang HARAM sedangkan dengan JALAN yang HALAL pun kita boleh mendapatkannya ?


            Janganlah mencelakakan diri kita dengan memilih jalan yang haram dan berdosa kerana kelak kita akan menanggung akibatnya di akhirat.

Kenapa bimbang belum mendapatkan jodoh ?


             Apakah anda akan ditakdirkan akan berkahwin atau ditakdirkan tidak akan berkahwin TERNYATA sudah tidak sepatutnya dipertikaikan lagi kerana ianya SUDAH DITETAPKAN dan hal tersebut tidak berubah.


            Jadi mengapa bimbang dan risau ? Orang yang beriman kepada Takdir maka tiada kebimbangan dan kerisauan di dalam jiwa mereka kerana menyakini segala sesuatu sudah pun ditetapkan.



Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dari Abu Darda r.a dari Nabi s.a.w bersabda, ‘Tidak sekali-kali masuk ke dalam syurga (Allah), orang yang mendustakan takdir (Allah).’ (lihat: Silsilah hadis Sahihah, nombor 675).

Apa yang perlu anda risaukan ialah bagaimana harus berusaha, jalan yang perlu dipilih agar memenuhi PERINTAH ALLAH itu sahaja.



Siapakah Pasangan Anda ?

       Anda tidak perlu TAKUT siapakah jodoh anda kerana pasangan anda sudah pun ditentukan oleh Allah SWT dan apa yang perlu anda lakukan ialah untuk berusaha mendapatkan calon yang soleh dan solehah sebagai memenuhi PERINTAH ALLAH dalam keadaan anda penuh sedar dan yakin ianya sudah ditetapkan.


Anda berusaha semata-mata kerana mahu memenuhi perintah Allah. SWT.


Memilih jodoh yang baik


Berdasarkan carta di atas, maka anda diharapkan dapat memahami bahawa Kehendak Allah yang disukai dan diredhai-Nya (Iradah/Kehendak Syar'iyah) dapat diketahui oleh kita dengan ILMU berdasarkan Kitab dan Sunnah.


Manakala Kehendak Allah yang menyebabkan berlakunya segala sesuatu, yang mengizinkan terjadi tiap-tiap perkara (disebut Iradah/ kehendak Kauniyah) tidaklah bermakna ianya disukai dan diredhai oleh Allah SWT.


Tiada sesiapa termasuk anda dan ulama dapat mengetahui siapakah lelaki atau wanita yang sesuai atau baik untuk anda. Mr. Right atau Mrs. Right tidak akan dapat diketahui oleh Kita selama-lamanya tanpa WAHYU di sisi.



Allah swt befirman : "(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib ,maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu." (Jin : 26)

Memandangkan Rasulullah telah wafat maka tiada sesiapa lagi boleh mengetahui siapakah yang lebih sesuai untuk kita dan siapakah pula tidak. Majoriti orang "menyelidik", "mengkaji" latar belakang calon pasangan masing-masing dengan tujuan "merisik" mencari calon yang paling sesuai dan terbaik.


        Hakikatnya hanya ALlah yang mengetahui, boleh jadi setelah dikaji "di dalam makmal" maka didapati seorang wanita itu baik untuk kita atau sebaliknya namun setelah berkahwin dan hidup bersama maka dia kemudiannya berubah hati dan menjadi jahat serta menyeleweng.

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”

         



            
                

No comments: