cincin di jari mu.. :)
:: Pemakaian Cincin Mengikut Islam ::
Assalamualaikum.. kengkawan blogger dan kawan facebook mahu pun twitter terima kasih kerana menbaca hasi tulisan saya yang tak seberapa ini.saya seorang insan biasa tiada kelebihan atau kebolehan sepeti kamu jugak yang suka bersosia di alam maya. hari ini saya nak menulis etry pemakaian cincin mengikut islam, bab kata orang cincin di jari manis mu heee...
Tidak banyak saya nak huraikan sekadar pengetahuan sudah memadai. “Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali
berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad
S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah
di jari:
jari manis,jari kelingking (anak jari) dan janganlah memakai pada jari,jari tengah,jari telunjuk "Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan
jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah
iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Para ulama
Syafieyah mengatakan bahawa harus untuk dipakai cincin pada jari
kelingking kanan atau kiri sekalipun. Tetapi pandangan yang masyhur
ialah memakainya pada jari kelingking kanan kerana ianya merupakan
tempat untuk berhias. Manakala memakai cincin pada jari manis adalah
dibenarkan. Jari tengah, telunjuk dan ibu jari adalah dilarang bagi kaum
lelaki untuk meletakkan cincin padanya. Ini kerana terdapat larangan
daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam kepada Sayyiduna Ali
radhiyallahu anhu untuk memakai cincin pada jari-jari tersebut.
No comments:
Post a Comment