Assalamualaikum...semua, selamat petang kawan-kawan yang tak kawan-kawan pun selamat petang juga.. heeeee.. hari ni saya nak tulis etry mengenai majlis perkahwinan.. misti korang tau majlis perkahwinan tu apew kan-kan :))) terlintas difikiran nak tulis etry ini bab-bab jemputan kenduri kahwin. wahhh makan nasi minyak sodap owhhhh... he.... ayam masak merah pulak pehhhhhhhh.. apa nak kata, tak kata apa makan sampai jilat jari haha..!!!! jangan jilat jari kaki cukup miaahhahaha...
Jemputan majlis perkahwinan, adalah wajib hadir ke majlis tersebut kerana kita sudah di jemput untuk hadir ke kenduri tersebut satu perharapan tuan rumah untuk memeriahkan kenduri tersebut.Wajib hadir majlis kenduri kahwin.
Dalam kehidupan bermasyarakat, kita selalu mendapat jemputan
kenduri kahwin. Kadang-kadang dalam sehari, dua atau tiga jemputan
diterima terutama pada musim cuti sekolah. Apakah hukum menghadiri
kenduri kahwin?
Dalam ajaran Islam, menghadiri majlis
kenduri perkahwinan, jika dijemput, adalah satu kewajipan. Berdasarkan
hadis Rasulullah, kalangan ulama
menghuraikan dengan panjang lebar mengenai jenis kenduri dan hukum
menghadirinya sama ada wajib, makruh, haram atau harus. Pada
umumnya, kenduri terbahagi kepada dua jenis, iaitu kenduri kahwin dan
bukan kenduri kahwin seperti kenduri atau jamuan kesyukuran atau jamuan
hari raya.
Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin
adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ini
berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim
bermaksud:
"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."
Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:
"Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang
dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan
sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah
dan Rasul-Nya."
Berdasarkan hadis sahih itu, jelas menunjukkan bahawa menghadiri jemputan dan undangan kenduri perkahwinan hukumnya wajib. Bagaimanapun, kalangan ulama berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu.pertama:Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam. kedua:Orang yang dijemput adalah me-nyeluruh tanpa mengira bulu atau
kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin. Ketiga: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada
setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui
kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan
dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput
penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri
jemputan berkenaan. Keempat: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal. Kelima: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput. Keenam: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram. Ketujuh: Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu. Kelapan: Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir.
Kesimpulannya, hukumnya wajib atas setiap orang yang mendapat jemputan
ke majlis kenduri perkahwinan untuk menghadirinya jika tidak terdapat
satu daripada perkara yang bercanggah dan bertentangan dengan
syarat-syarat yang disebutkan.
Dengan menghadiri jemputan itu,
kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta dapat menambah serta
memupuk kemesraan, kerjasama, bantu membantu dan mengukuhkan perpaduan
sesama kita.
Kalau dalam sehari ada dua tiga jemputan, seboleh-bolehnya hendaklah menghadiri jemputan itu. Kalau tidak, hendaklah hadir ke majlis jemputan yang lebih awal diterima. macam saya, saya pergi semua kenduri sebab saya suka makan heee.. makan untuk hidup :))) kalau dah montel macam doremon itu namakan comey hehe... :) picture di bawah ini bukti saya pergi kenduri kahwin yew.. saya tak tipu tau, saya tau tuhan marah kalau tipu-tipu ni :))
![]() |
ecececehhhhhhhhh... auwwwww malu chek ada orang dok tengok!!! :P |
![]() |
anak-anak saya semua da.. besar miahahhahaha |
![]() |
orang kata sapa, anak dara yang dok tester naik pelamin tu tak lama da.. hahahhaha okey tangan di dada mata ke atas he.... :))))))))) semyum lebar.. |
![]() |
anak-anak mama memang comey-comey kan he... |
![]() |
posing.. pesedian menepuhi alambahagia tak lama da,... kot hehehe... |
![]() |
time ni tegah makan, makanan pengantin.. depa dh habis sapa sowohhh hehehe.... |
No comments:
Post a Comment