Saturday 12 January 2013

PERMEGIAN ORANG TERSAYANG..

Hikmah kehilangan orang tersayang..!!!!

 

     Assalamualaikum.. u all apa khabar di hari minggu ini terdetik di hati ini untuk menulis etry orang tersayang telah jauh meningalkan kita di alam baza..!! adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah. Terfikir di  hati ini kalau la saya seorang di muka bumi ini tampar keluarga dimanakah tempat bergantung saya, kepada siapa saya hendak mengadu nasip ini. siapa lagi kalau bukan pencipta kita Allah engkaulah yang satu

 

 

          .
      Pernah tertanya kenapa Allah pilih kita untuk berada di mana tempat kita sedang berdiri ini.? Untuk lakukan perkara yang sedang kita lakukan sekarang ini.? Untuk menjadi salah seorang dari kelompok komuniti ini.? tetapi orang tersayang telah meninggalkan kita apa patut kita buat, hidup sendiri dimuka bumi ini. contoh: ibu,abah,suami tempat bergantung nya kita. Itu saya katakan hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakan kebergantungan hanya pada Allah "..

       

 

      Semua ini dan seangkatannya saya satukan menjadi satu perkataan iaitu PELUANG. Kerana Allah telah pilih KITA untuk diberikan peluang untuk kita belajar, alami dan hayati. kembali melihat diri, dalam kehidupan seharian kita sering bergantung kepada manusia lain.Iya kan?? bila kita nak duit mintak dekat abah bila kita sedih kita cari mak kita bila kita putus cinta kita cari kawan kita bila kita nak shoping cari husband kita ehhh.. saya tak nikah lagi he... hikmahnya macam tu lah bila kita dah biasa mengharap kepada manusia. sampai masa nya Allah hilangkan mereka dari kita..!! kita akan rasa waaaaaaa.... lepas ni nak bergantung dengan sapa?? 

       

 

    Berhenti mengeluh sayang, guna peluang selagi masih berpeluang :) Padahal yang maha menberi itu adalah Dia.., Yang maha mendengar adalah Dia. Manusia ini sebagai medium jew,kalau betul kebergantung kita kepada Allah sahaja kita tak kan sedih bagaikan nak rakkk!! bertahun-tahun robek dada kita bila orang tersayang pergi meninggalkan kita.sebab kita ada semangat untuk teruskan hidup, semangat itu datang dari mana kalau bukan dari Allah. contoh nya saya yang sudah kehilangan mak semejak dari form 1 lagi tipu lah kalau kata masa tu saya tak sedih bagaikan nak gila di buat yang tapi semanggat tu ada Allah yang menberi semanggat itu.Allah takkan pernah hilang, dan tempat bergantungan kita takkan pernah kurang. 



       

     Bukan kata saya kita tak ada ruang untuk bersedih. bersedih itu biar lah berpada-pada, kita ada hak untuk bersedih kerana orang tersayang sudah meninggalkan kita lenyap dari perlihatan kita. Dan pada saya bila kita tak payah meletakkan pengharapan 100% kepada manusia sekeliling, kesedihan itu tak perpanjangan dapat di kawal.Saat kita memerlukan bantuan, berhentilah meletakkan pengharapan kepada manusia. Sebaliknya pohonlah pada Allah. Kerana sesungguhnya Dia lah yang Maha Berkuasa menggerakkan hati-hati mereka untuk membantu kita. Ayuh kita belajar untuk redha dalam setiap kehilangan dan memandang kepada hikmah dalam setiap dugaan.

 


 KU ADAMU..!!!!

 

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Wa lau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

 

 

 p/s:memang best bila lagu nie diulang berkali kali Saya dah jatuh cinta sebab itu post lagu nie,hehe,terbaik dari najwa latif.

 

        

No comments: