Wednesday 23 January 2013

macam mana saya boleh rasa nak pakai tudung.

"Jangan judge orang yang tak bertudung seolah2 dia ahli neraka. 

 

      Assalamualaikum.. kawan-kawan hari ini saya nak cerita siapa saya dulu, macam mana saya boleh dapat hidayah untuk bertudung. bila terfikir balik kenapa segelintir masyarakat yang mengata orang yang tak bertudung seolah-olah mereka ahli neraka. di sini saya bukan nak menbela perempuan tidak bertudung itu elok. tapi apa salah kita bagi perluang untuk mereka berubah, manusia ni kalau kita lagi mengata lagi mereka rasa diri mereka tidak berguna kalau berubah pun. kita bagi mereka nasihat atau kata-kata yang indah seperti suruh dye try pakai tudung dan memuji nya " ehh cantik pakai tudung" dari tak bertudung" bukan kah kata-kata itu menberikan semangat untuk dye menutup aurat nya. 

 

       Kan NAbi ada berkata dengar la kamu nasihat daripa siapa pun walaupun dye tidak bertudung malahan dye seorang pelacur. ini kan Nabi pun tidak menhina manusia yang sudah terpesong arah nya, bah kan siapa kita untuk menilai seseorang. sekarang ini saya nak cerita siapa saya dulu, memang saya mengaku saya bukan di lahirkan dengan bertudung dari kecik. saya dulu bukan seorang yang menutup aurat yang penuh. zaman sekolah ehh taknak la pakai tudung nanti tak cantik la. perkataan itu la saya dan kawan-kawan selalu kata. tetapi walaupu dulu saya tidak bertudung, saya agak keras dengan bergaulan saya. lelaki memang saya tidak bercampur. sekadar tegur-tegur biasa. memang saya mengaku zaman sekolah saya amat malu tegur orang lelaki. tak tahu kenapa. 


        Bila keluar dengan kawan-kawan, tengok orang bertudung "ehh cantik nya budak tu pakai tudung. wahh teringgin nya, nak bertudung" masa tu berkata  dalam hati sorang-sorang. 


      memang saya tidak nafikan, masa tu memang rambut cantik,kononnya cantik la sangat. kawan-kawan pulak selalu memuji rambut saya yang cantik. lagi rasa perasaan takmau pakai tudung. pas lama-lama ustazah ada bagi tahu " sapa yang tak ada ayah atau mak doa la untuk mereka di sana tutup la aurah" saya terfikir di dalam hati " saya ni bila nak berubah tegok orang bertudung cantik jew tapi saya sayang kat rambut,seluar paras lutut yang cute banyak yang tak pakai lagi, kalau pakai tudung nanti takleh bergaya dah la.." MasyaAllah sebegitu buruk nya pemikiran saya masa itu. 


          Bila pergi kelas agama saya memakai tudung, ada orang tak perasan itu saya " ehhh kau kew nani, pehhhh cantik jugak bertudung ekk" terselik masa tu di hati " ehhh cantik kew macam ni nak pakai tudung la hehhee" . tapi orang kata nak pakai tudung biar la iklas jangan orang puji baru nak pakai. itu nama nya tidak iklas tetapi manusia ni kadang-kadang perlu jugak kepujian untuk menbakar semangat. 


            Sesudah habis SPM, saya ada hasrat untuk bertudung, saya bertudung tetapi sekejap pakai sekejap tidak ikot mood saya. bila  nak keluar rumah tanya kawan boleh tak nak pakai tudung. tu la zaman budak-budak semua benda nak ikot kawan-kawan. walaupun saya tidak bertudung tetapi saya tidak bersosia dengan lelaki.saya katakan saya masa zaman belasan memang tidak berminat untuk bercinta. saya mengaku dari hati zaman sekolah saya tidak pernah bercinta monyet dengan mana-mana lelaki kerana saya tidak berminat. 


            Bila keputusan SPM keluar saya pergi dengan bertudung. dan memakai baju kurung.. hohoho ramai sungguh memuji saya ayu heee.. sungguh malu  masa itu. tetapi belum pakai tudung sepenuh nya lagi..!!! :( keras nya hati masa tu  kering kongtang..!! 

 

            Bila dah sambung belajar ke peringkat lebih tinggi. macam-macam kerenah manusia saya jumpa siapa yang tidak kuat iman nya maka terikut-ikut la dengan keseronokan dunia yang melampau. saya tidak katakan iman saya ini kuat tapi cukup sekadar saya takut nak bersosia lebih-lebih kerana ini boleh memudarat kan diri sendiri. lebih-lebih lagi jauh pada keluarga siapa nak halang kita. kalau nak bersosia masa itu.masa semester satu saya banyak kan menghabis masa di hostel. jarang sangat keluar suka-suka dengan kawan-kawan. masa masih buntu nak berubah ke jalan lebih baik. tapi terfikir nanti mesti mereka di luar sana mengata.

    

            Tapi hati hitam saya ini masih mencari alasan "Nak pakai tudung kew??? tapi nanti takleh lah, nak berfashion-fashion. pastu nanti takleh la nak jadi model macam  katty perry.ehhh katty perry model ekkk lantak la, Dalam hati berkata " Aku ni solat pun tak jaga" Baik aku jaga solat dulu  pastu  baru pakai tudung. Sayang la nak buang baju lama-lama tu.bla tu bala ni bla..bla..bla.. " Tapi Allahamdulillah masih ada lagi warna putih dalam hatiku ini hatiku berkata "nani itu semua perkara dunia makin dikejar makin tak habis, itu lah perkara dunia.sebaliknya perkara ahirat semakin kejar semakin Dekat. nak tunggu sampai bila lagi??? kalau ajal kau malam  ni, nak mati kata..!! Nauzubillah nani. 


         SEMESTER DUA.. TAK TAHU BERAPA HARI BULAN DA.. LUPA...!!!!  


        Tiba-tiba  hati kering kotang ku tiba-tiba je serbak (bukan senang beb saya nak touching-touching camni. hilang macho hukkk) masa tu aku pejamkan mata , aku tarik nafas panjang-panjang dan henbus. bersaksikan bulan dan bintang, saya bertekad di dalam hati untuk berhijab dan mendalami islam lebih mendalam. saya suarakan hasrat saya pada kawan karib saya. dye begitu gembira sampai menitis air mata serbak saya masa tu. keyukuran kepada ilahi, Terima kasih yaAllah. kau maha berkuasa. 


         Allahamdulillah pada tahun 2011 saya menutup rambut saya sepenuh nya saya sudah berhijab. terima kasih yaAllah kerana telah menbuka pintu hati ku ini. bukan mudah untuk sesuatu perubahan, saya berjuang untuk berpegang dan berjunag untuk melepaskan. dan saya mendapati perubahan ini tidah mudah bagi saya. saya bergelut untuk mengubah segalanya -galanya yang saya lakukan sebelum ini. cara saya menikmati hidup saya, mereka pakain, mereka kawan saya bergaul dan banyak lagi. kadang-kadang saya rasa cemburu tengok kawan-kawan saya menikmati kehidupan mereka seperti saya gunakan untuk hidup sebelum ini. dalam hati berkata ( saya tidak perlu ada perasaan sepeti itu) tetapi ia hanya terlintas di fikiran saya sahaja. Dan rasa menyesal juga " kenapa saya di tukar kearah ini" tetapi bila ada fikiran sebegitu datang saya memotivasikan diri saya. Saya perlu mengucap terima kasih kepada tuhan kerana ia memilih saya, saya tak patut rasa menyesal, saya perlu beryukur kepada nya. 


       Now saya rasa lebih dekat dengan dye dan my family.and freen. AKU TAHU IMAN AKU MASIH TIDAK KUAT. Saya amat takut suatu hari nanti saya kembali kepada gaya hidup saya sebelum ini. saya harap Allah sentiasa bagi saya pertunjuk dan hidayah dan kuatkan hati saya ini untuk tempuhi hidup macam mana pun. At the same time, saya kena cari hidayah itu untuk ubah hidup saya demi sikit-sikit. IsyaAllah saya pun perlukan sokongan family,kawan-kawan dan rakan-rakan kenalan. Allahamdulillah so far. sokongan kawan-kwan di facebook lah yang menberi saya kekuatan terus untuk kenal lebih mendalam islam itu indah sekian terima. 


          Ayuh kita bersama-sama berubah ke arah kebaikan jum :) ngat kawan-kawan "Jangan judge orang yang tak bertudung seolah2 dia ahli neraka. Sebab semakin kita kondem dia, semakin jauh la dia akan lari.".

 

           

No comments: