Wednesday 30 January 2013

APA YANG HENDAK DICERITAKAN..!!!!



Assalamualaikum.. apakhabar semua, rindu pulak nak tulis entry yang baru. korang-korang sihat tak? saya ni nak tulis entry tapi tak tahu nak tulis entry apa hadoiii serabut heeee... nak cerita sedih ka gembira ka? tak tahu nak gambarkan perasaan saya sekarang macam mana.. sedih pun ada, gembira pun ada. Baru terfikir nak cerita perasaan nak masuk semester akhir.


Bila dah masuk semester akhir ni macam-macam perasaan ada, gembira,sedih, takot,gugup. ahhh semua ada la nak cerita at korang ni. Gembira sebab dah tahun akhir belajar,sedih sebab berpisah gan kawan-kawan. dan perasaan takot mesti ada hurmm.. semester 6 ni ada exam dengan pihak kemeterian kesihatan. wahh dega nama tu terus-terus terasa gugup. Ermmm itu la perasaan saya takot betul bila exam-exam ni.


Niat hati ni nak cerita pangjang at korang tapi tak tau nak tulis apa lagi awat tak perasaan semenjak masuk semester 6 ni terasa dah tak dew semangat dahh nak belajar ni, ist astaufirullah haarzim tak baik cakap macm tu kan. Ya Allah apa aku cakap ni" lupakan-lupakan.


Saya tidak nafikan memang ada perasaan dah putus asa dalam diri ini. semenjak saya mula melangkah
masuk semester 6. Rasa malas sangat nak pergi kelas, macam la dok fikir dalam kepala ni. Tapi saya kuat kan iman yang ada di dada ini dan usaha jangan putus asa hani lagi satu semester sahaja 6bulan ja, sabar la. bab pepatah ada megatakan" SUSAH-SUSAH DULU,SENANG-SENANG KEMUDIAN". t


Bila  saya terfikir balik, tak baik kan bila kita mengeloh Allah dah bagi saya sampai ke peringkat ni sepatutnya saya besyukur, bukannya mengeluh. insafnya hati ini. Ya Allah kuatkanlah imah aku untuk menenpuhi semester 6. Ya Allah berikan lah aku rezeki di dunia ini dan jangan la bagi aku menjadi seorang yang takbur. jauh kan lah aku dari sifat dengki sesama manusia Amin.



Monday 28 January 2013

! jejari manis si DARA! :): Saat jodoh menyapa diri

! jejari manis si DARA! :): Saat jodoh menyapa diri

Saat jodoh menyapa diri


            Assalamualaikum WBT. salam ukhuwah buat semua. semoga berada di bawah lembayung rahmah Allah SWT. Apa khabar pembaca semua.? Harap-harap baik semua nya. terutama hati dan jiwa korang kena la duduk dalam keadaan baik heee... ermmm... apalah yang saya nak tulis entry hari ini ekk.. apa yang hendak dikongsikan di sini ya? saya nak cerita sedih ka gembira ermmmm.. hari ni memang hari yang sedih bagi saya.. tapi sedih itu tidak semestinya saya kena menagis sepangjang hari, walaupu manusia buat kita sedih tetapi Allah sentiasa ada untuk kita. 




               Saat jodoh menyapa diri. Tahukah kita bila ajal akan datang menjenput kita? Begitulah suratan takdir kehidupan kita yang mampu mentadbir sebaik mungkin. lalu menyimpan segunung harapan diiring doa yang kudus. Tetapi adakah takdir itu serasi dan seiring bersama tadbir yang kita rancanakan? ketukan pintu hati, lalu bertanya di manakah pasangan jiwa berada ? masih di atas lagitkah ? Atau masih di bawah perut bumi ? Atau mungkin sudah di jemput ilahi.


        Memanglah WANG/HARTA bukan segalanya dalam memilih jodoh, tapi kena fikirkan juga masa depan diri sendiri dan keluarga, takkan nak bagi anak bini makan pasir? So kepada yang belum mendirikan rumahtangga tu, belajar-belajarlah untuk SAVING Kepada yang sudah pikul tanggungjawab sebagai suami isteri ayah ibu tu, jagalah keluarga kamu dengan sebaiknya. Tolonglah, bila dah ada keluarga yang cukup bahagia dan lengkap, janganlah hancurkannya hanya disebabkan nafsu bodoh yang tidak berkesudahan. Jauh-jauhkanlah rasa nak CURANG dengan pasangan masing-masing. Yang perempuan tu, janganlah gatal-gatal berkawan rapat dengan suami orang, begitu juga sebaliknya. Yang suami orang tu, ingat-ingatlah amanah dan janji yang suda diberi dan dilafaz semasa akad nikah tu.


            Ingatlah, apa yang kamu buat tu, kamu akan terima balik di masa akan datang tak kira di dunia atau akhirat. Allah itu Maha Adil, setiap perbuatan yang kita buat pasti ada balasan dan ganjaran.


 

               Jodoh itu penuh keunikan. Apabila semakin dikejar, semakin dia berlalu pergi.  Apabila kita hanya menanti, usahkan hadir, bayangnya juga belum pasti. Kadangkala, antara jodoh dan nafsu, kita sering terkeliru. Adakah dia jodoh ditunggu, ataupun dia sekadar menyapa sambil berlalu. Kadangkala hadirnya tidak disangka. Dia rupa-rupanya, jodoh untuk kita. Rencam jodoh, manisnya dapat mendamaikan hati, pahitnya dapat menghancurkan diri. Misterinya dia, hanya Tuhan Maha Mengetahui. Apabila dia menyapa, jodohkah namanya. 

 

         

        Jodoh itu di tangan Tuhan. Mungkin sering kita mendengar pernyataan begitu. saya pun menyetujuinya, bahkan di saat saya yang masih dalam penantian dalam  mencari akhir cerita cinta yang indah ini. jika diambil positifnya, mungkin kita boleh saja beranggapan bahwa Tuhan justru sedang sibuk memperiapkan cerita cinta terindah untuk kita  sampai akhirnya memberikan kesempatan itu di saat kita telah mencapai kepantasan untuk dipilih oleh pribadi yang membahagiakan pilihan Tuhan. heehee..

 

 

           Persoalan Jodoh termasuk perkara yang berada dibawah bab takdir dan telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak azali lagi. Memahami masalah jodoh hendaklah dengan kefahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang diajarkan oleh Rasulullah agar kehidupan kita dilalui dengan pertunjuk yang sahih dan mencapai keredhaan Allah SWT.



             Allah swt befirman : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (Al-Baqarah : 216)





 1352040464767032937

              

         Ya Allah..Seandainya dia jodohku, maka dekatkanlah dia di hatiku, suburkanlah rasa sayang aku padanya, berkatilah perasaan itu..namun sebaliknya jika dia bukan jodohku maka Kau jauhkanlah dia dari aku. Tutuplah pintu hatiku kepadanya...Amin"


 


          Tidak kira apakah jalan yang anda gunakan untuk berkahwin maka ianya sudah pun ditetapkan oleh yang demikian mengapakah kita harus menggunakan JALAN yang HARAM sedangkan dengan JALAN yang HALAL pun kita boleh mendapatkannya ?


            Janganlah mencelakakan diri kita dengan memilih jalan yang haram dan berdosa kerana kelak kita akan menanggung akibatnya di akhirat.

Kenapa bimbang belum mendapatkan jodoh ?


             Apakah anda akan ditakdirkan akan berkahwin atau ditakdirkan tidak akan berkahwin TERNYATA sudah tidak sepatutnya dipertikaikan lagi kerana ianya SUDAH DITETAPKAN dan hal tersebut tidak berubah.


            Jadi mengapa bimbang dan risau ? Orang yang beriman kepada Takdir maka tiada kebimbangan dan kerisauan di dalam jiwa mereka kerana menyakini segala sesuatu sudah pun ditetapkan.



Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dari Abu Darda r.a dari Nabi s.a.w bersabda, ‘Tidak sekali-kali masuk ke dalam syurga (Allah), orang yang mendustakan takdir (Allah).’ (lihat: Silsilah hadis Sahihah, nombor 675).

Apa yang perlu anda risaukan ialah bagaimana harus berusaha, jalan yang perlu dipilih agar memenuhi PERINTAH ALLAH itu sahaja.



Siapakah Pasangan Anda ?

       Anda tidak perlu TAKUT siapakah jodoh anda kerana pasangan anda sudah pun ditentukan oleh Allah SWT dan apa yang perlu anda lakukan ialah untuk berusaha mendapatkan calon yang soleh dan solehah sebagai memenuhi PERINTAH ALLAH dalam keadaan anda penuh sedar dan yakin ianya sudah ditetapkan.


Anda berusaha semata-mata kerana mahu memenuhi perintah Allah. SWT.


Memilih jodoh yang baik


Berdasarkan carta di atas, maka anda diharapkan dapat memahami bahawa Kehendak Allah yang disukai dan diredhai-Nya (Iradah/Kehendak Syar'iyah) dapat diketahui oleh kita dengan ILMU berdasarkan Kitab dan Sunnah.


Manakala Kehendak Allah yang menyebabkan berlakunya segala sesuatu, yang mengizinkan terjadi tiap-tiap perkara (disebut Iradah/ kehendak Kauniyah) tidaklah bermakna ianya disukai dan diredhai oleh Allah SWT.


Tiada sesiapa termasuk anda dan ulama dapat mengetahui siapakah lelaki atau wanita yang sesuai atau baik untuk anda. Mr. Right atau Mrs. Right tidak akan dapat diketahui oleh Kita selama-lamanya tanpa WAHYU di sisi.



Allah swt befirman : "(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib ,maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu." (Jin : 26)

Memandangkan Rasulullah telah wafat maka tiada sesiapa lagi boleh mengetahui siapakah yang lebih sesuai untuk kita dan siapakah pula tidak. Majoriti orang "menyelidik", "mengkaji" latar belakang calon pasangan masing-masing dengan tujuan "merisik" mencari calon yang paling sesuai dan terbaik.


        Hakikatnya hanya ALlah yang mengetahui, boleh jadi setelah dikaji "di dalam makmal" maka didapati seorang wanita itu baik untuk kita atau sebaliknya namun setelah berkahwin dan hidup bersama maka dia kemudiannya berubah hati dan menjadi jahat serta menyeleweng.

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”

         



            
                

Sunday 27 January 2013

DI MATA AKU. ISTIMEWANYA MEREKA TERIMA KASIH YA..

     Assalamualaikum WBT.. salam ukhuwah buat semua. dan selamat malam itu pun kalau korang baca di malam hari..semoga korang berada di bawah lembayung rahmat Allah SWT.Apa khabar pembaca semua? Harap baik-baik ya.. terutamanya hati dan jiwanya ermmm.. apa yang hendak dikongsikan di sini ya.? terkaku seketika..mahu cerita sedih atau cerita gembira? jom, kita dekati kawan-kawan facebook saya hee..

        Baik la pertama sekali saya nak perkenalkan facebook saya ya. facebook saya ada dua sebab apa? saya buat dua facebook, sebab freen facebook lama sudah penuh. dan wujud lah facebook kedua bernama ummu Hani II. cari dan Add saya, merapatkan silatulrahim katakan hehhee... saya suka online facebook kerana untuk berkongsi ilmu masing-masing, tiada istilah nak jadi budak Hot di facebook. Saya hanya orang biasa tiada kelebihan apa-apa. freen saya yang ramai semua nya kawan saya walaupun tak pernah jumpa di luar tapi kami sahabat di alam maya.

        Dan tidak banyak saya nak taipkan entry ini, saya nak cerita pasal rakan saya di facebook ini, nama fb dye ape ekkk jap nak ngat lupo la pulok heee... saya menulis entry pasal rakan fb saya sowang ni sebab apa? sebab saja-saja nak kacau hidup dye miahahhaa.... dye seorang  Photography, dari mana saya tahu beliu seorang photography kerana dye suka tangkap gambar orang. tegok banyak sangat gambar model-model cantik dye uplod masuk facebook heee... kalau korang ada majlis apa-apa nak guna juru gambar panggil la dye ni tegok cantik jew gambar di ambik nye. 



          Seterusnya saya nak tulis apa lagi ekkk kerana saya nak tulis panjang-panjang pon tak boleh sangat sebab saya bukan terlalu kenal dengan seorang photograpy ni.Jap lagi tersalah tulis pasal dye. Dye saman saya pulak, dah la tegah takda duit ni heee.. saya kenal pun melalui facebook sahaja.kerana kami mengamal kan sifat beramah mesra Alam maya miahhaha mesra la sangatttt... 



             Ermmm.. ahhhpewww lagi nak di conteng ekk ehh punya banyak dah tulis entry ini saya lupa pulak nak bagi tau nama facebook dye dalam facebook nama dye HEERRY BROW. kalau dirujuk pada kad pengenalan saya pun tak tau mak and abah dye boh nama apa, sebab dye lahir dulu pada saya miahahhaa... teka ja dye lahir dulu pada saya padalhal tak tahu apa pun. okey sekarang dah bagi tahu pasal facebook dye korang tu dah orang bagi tahu pandai-pandai la menjalan kan tugas korang untuk add dye ni. 

            Akhirnya... buat rakan-rakan facebook dan teman sejati saya, kalian adalah yang terbaik buat saya. jatuh bagun sayab, kalian tak pernah menghilang. Ada saja kejutan gurau senda kalian untuk buat saya tersenyum bahagia. jujur kalian anugerah yang  terindah dalam kehidupan ini.kita bersahabat sampai hujung nyawa!! walaupun kita hanya kenal di Alam maya. dan terimakasih untuk segala-galanya. untuk kalian.. saya hanya ada doa yang tak tak akan pernah hilang. 



            Penutupnya.. ini lah cerita facebook saya. Dan rakan facebook saya, mereka semua sangat bernilai dan istimewa...................................................ehhh tak habis lagi ekk tekan bawahhhhh..

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                         

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                        

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                         

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

 

                                                                       

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                         

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                        

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                         

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

 

 

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                         

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                        

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                         

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

 

                                                                       

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                         

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                        

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                         

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

                                                                          ......

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 ehhhh lupoooo pulokkk sapew...nak sambut besday nenek ka, nenek nikah kew? atuk  kawin lagi kew?? why ever.. herry brown ni boleh jew kot tangkap gambar korang hee.. jagan kawin lari cukup juru kamera mana boleh lari kalau korang nak kawin pon dok terlari-lari lagi heeee... dok situ ja baru si herry poterr ni boleh tangkap gambar korang yang cantik tu, ehh lantak la brown ka potter ka janji depan ada herry juga kan.. kau jangan marah ekk heeee....ehh lagi satu like la page dye ni ADHB Photography. 

INI LAHHHH.. SI HERRY TU HENSEMMM TAK.. nak curi pic dye dekat facebook takot dye saman saya.. so at ni pun jadi ekkkk heeeee... 


 

heyyyy,... ini saya yang kiut miutttt tu hee perasan sikit tak banyak pun jangan jeles!!!


                           
 

                                   Ya Allah lindungi saya daripada manusia yang mempunyai 

                                   hasad dengki dan cuba menjatuhkan imej saya. 

                                   Sesungguhnya saya hanya seorang insan yang lemah. Amin :')

 

                                                                        
 




                                                  

          

Friday 25 January 2013

kisah nabi muhammad

          Assalamualaikum.. semua sahabat walau di mana jual berada. agar semua sihat sejatera,hari ini hani nak tulis entry kisah nabi muhammad kita. sebena nya tidak pun terfikir untuk menulis entry ini. kawan-kawan facebook hani yang bagi cadangan tulis entry kisah nabi muhammad.dan hari ini ada kesempatan untuk menulis entry. walaupun sudah dua hari lepas kita sambut Maulidur Rasul. semoga Rasulullah menjadi yang paling kita cintai selepas Allah. Amin :)


Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

(Surah At-Taubah, Ayat 100) Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Tidaklah kalian masuk surga hingga kalian beriman. Dan tidaklah kalian beriman hingga saling menyayangi antara satu sama lain. Mahukah kalian aku tunjukkan suatu amalan yang jika kalian kerjakan niscaya kalian akan saling menyayangi antara satu sama lain? Sebarkanlah salam sebanyak-banyaknya diantara kalian" - (Muslim)



                                          SIFAT-SIFAT NABI MUHAMMADD SAW.


              Fizikal NabiTelah dikeluarkan oleh Ya'kub bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali ra. katanya: Pernah aku menanyai pamanku (dari sebelah ibu) Hind bin Abu Halah, dan aku tahu baginda memang sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah SAW, padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku mencontohinya, maka dia berkata: Adalah Rasulullah SAW itu seorang yang agung yang senantiasa diagungkan, wajahnya berseri-seri layak bulan di malam purnamanya, tingginya cukup tidak terialu ketara, juga tidak terlalu pendek, dadanya bidang, rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang, dan memanjang hingga ke tepi telinganya, lebat, warnanya hitam, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum, hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya, janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih dan jarang-jarang, di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana, berbadan besar lagi tegap, rata antara perutnya dan dadanya, luas dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula, lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang ujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila baginda berjalan, dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan, tinggi seolah-olah air sedang memancar daripadanya, bila diangkat kakinya diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, langkahnya panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang, bila menoleh dengan semua badannya, pandangannya sering ke bumi, kelihatan baginda lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya. Kebiasaan NabiKataku pula: Sifatkanlah kepadaku mengenai kebiasaannya!Jawab pamanku: Adalah Rasulullah SAW itu kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih, senantiasa banyak berfikir, tidak pernah beristirshat panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva, kata-katanya penuh mutiara mauti manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.

            

           Dalam riwayat lain, dikatakan bahwa baginda menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya, tetapi apabila baginda melihat kebenaran itu dihinakan, tiada seorang yang dapat melebihi marahnya, sehingga baginda dapat membela kerananya. Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya, dan bila baginda marah baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Berkata Al-Hasan lagi: Semua sifat-sifat ini aku simpan dalam diriku lama juga. Kemudian aku berbicara mengenainya kepada Al-Husain bin Ali, dan aku dapati ianya sudah terlebih dahulu menanyakan pamanku tentang apa yang aku tanyakan itu. Dan dia juga telah menanyakan ayahku (Ali bin Abu Thalib ra.) tentang cara keluar baginda dan masuk baginda, tentang cara duduknya, malah tentang segala sesuatu mengenai Rasulullah SAW itu. Rumah Nabi. Berkata Al-Hasan ra. lagi: Aku juga pernah menanyakan ayahku tentang masuknya Rasulullah SAW lalu dia menjawab: Masuknya ke dalam rumahnya bila sudah diizinkan khusus baginya, dan apabila baginda berada di dalam rumahnya dibagikan masanya tiga bagian. Satu bagian khusus untuk Allah ta'ala, satu bagian untuk isteri-isterinya, dan satu bagian lagi untuk dirinya sendiri. Kemudian dijadikan bagian untuk dirinya itu terpenuh dengan urusan di antaranya dengan manusia, dihabiskan waktunya itu untuk melayani semua orang yang awam maupun yang khusus, tiada seorang pun dibedakan dari yang lain. Di antara tabiatnya ketika melayani ummat, baginda selalu memberikan perhatiannya kepada orang-orang yang terutama untuk dididiknya, dilayani mereka menurut kelebihan diri masing-masing dalam agama.


             Ada yang keperluannya satu ada yang dua, dan ada yang lebih dari itu, maka baginda akan duduk dengan mereka dan melayani semua urusan mereka yang berkaitan dengan diri mereka sendiri dan kepentingan ummat secara umum, coba menunjuki mereka apa yang perlu dan memberitahu mereka apa yang patut dilakukan untuk kepentingan semua orang dengan mengingatkan pula: "Hendaklah siapa yang hadir menyampaikan kepada siapa yang tidak hadir. Jangan lupa menyampaikan kepadaku keperluan orang yang tidak dapat menyampaikannya sendiri, sebab sesiapa yang menyampaikan keperluan orang yang tidak dapat menyampaikan keperluannya sendiri kepada seorang penguasa, niscaya Allah SWT akan menetapkan kedua tumitnya di hari kiamat", tiada disebutkan di situ hanya hal-hal yang seumpama itu saja.


           Baginda tidak menerima dari bicara yang lain kecuali sesuatu untuk maslahat ummatnya. Mereka datang kepadanya sebagai orang-orang yang berziarah, namun mereka tiada meninggalkan tempat melainkan dengan berisi. Dalam riwayat lain mereka tiada berpisah melainkan sesudah mengumpul banyak faedah, dan mereka keluar dari majelisnya sebagai orang yang ahli dalam hal-ihwal agamanya. Luaran Nabi,Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Kemudian saya bertanya tentang keadaannya di luar, dan apa yang dibuatnya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW ketika di luar, senantiasa mengunci lidahnya, kecuali jika memang ada kepentingan untuk ummatnya. Baginda selalu beramah-tamah kepada mereka, dan tidak kasar dalam bicaranya. Baginda senantiasa memuliakan ketua setiap suku dan kaum dan meletakkan masing-masing di tempatnya yang layak. Kadang-kadang baginda mengingatkan orang ramai, tetapi baginda senantiasa menjaga hati mereka agar tidak dinampakkan pada mereka selain mukanya yang manis dan akhlaknya yang mulia. Baginda selalu menanyakan sahabat-sahabatnya bila mereka tidak datang, dan selalu bertanyakan berita orang ramai dan apa yang ditanggunginya. Mana yang baik dipuji dan dianjurkan, dan mana yang buruk dicela dan dicegahkan.


             Baginda senantiasa bersikap pertengahan dalam segala perkara, tidak banyak membantah, tidak pernah lalai supaya mereka juga tidak suka lalai atau menyeleweng, semua perkaranya baik dan terjaga, tidak pernah meremehkan atau menyeleweng dari kebenaran, orang-orang yang senantiasa mendampinginya ialah orang-orang paling baik kelakuannya, yang dipandang utama di sampingnya, yang paling banyak dapat memberi nasihat, yang paling tinggi kedudukannya, yang paling bersedia untuk berkorban dan membantu dalam apa keadaan sekalipun. Majlis Nabi,Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya lalu bertanya pula tentang majelis Nabi SAW dan bagaimana caranya ? Jawabnya: Bahwa Rasulullah SAW tidak duduk dalam sesuatu majelis, atau bangun daripadanya, melainkan baginda berzikir kepada Allah SWT baginda tidak pernah memilih tempat yang tertentu, dan melarang orang meminta ditempatkan di suatu tempat yang tertentu.


             Apabila baginda sampai kepada sesuatu tempat, di situlah baginda duduk sehingga selesai majelis itu dan baginda menyuruh membuat seperti itu. Bila berhadapan dengan orang ramai diberikan pandangannya kepada semua orang dengan sama rata, sehingga orang-orang yang berada di majelisnya itu merasa tiada seorang pun yang diberikan penghormatan lebih darinya. Bila ada orang yang datang kepadanya kerana sesuatu keperluan, atau sesuatu masliahat, baginda terus melayaninya dengan penuh kesabaran hinggalah orang itu bangun dan kembali. Baginda tidak pernah menghampakan orang yang meminta daripadanya sesuatu keperluan, jika ada diberikan kepadanya, dan jika tidak ada dijawabnya dengan kata-kata yang tidak mengecewakan hatinya. Budipekertinya sangat baik, dan perilakunya sungguh bijak. Baginda dianggap semua orang seperti ayah, dan mereka dipandang di sisinya semuanya sama dalam hal kebenaran, tidak berat sebelah.


             Majelisnya semuanya ramah-tamah, segan-silu, sabar menunggu, amanah, tidak pemah terdengar suara yang tinggi, tidak dibuat padanya segala yang dilarangi, tidak disebut yang jijik dan buruk, semua orang sama kecuali dengan kelebihan taqwa, semuanya merendah diri, yang tua dihormati yang muda, dan yang muda dirahmati yang tua, yang perlu selalu diutamakan, yang asing selalu didahulukan. Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya pun lalu menanyakan tentang kelakuan Rasulullah SAW pada orang-orang yang selalu duduk-duduk bersama-sama dengannya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW selalu periang orangnya, pekertinya mudah dilayan, seialu berlemah-lembut, tidak keras atau bengis, tidak kasar atau suka berteriak-teriak, kata-katanya tidak kotor, tidak banyak bergurau atau beromong kosong segera melupakan apa yang tiada disukainya, tidak pernah mengecewakan orang yang berharap kepadanya, tidak suka menjadikan orang berputus asa. Sangat jelas dalam perilakunya tiga perkara yang berikut. Baginda tidak suka mencela orang dan memburukkannya.


             Baginda tidak suka mencari-cari keaiban orang dan tidak berbicara mengenai seseorang kecuali yang mendatangkan faedah dan menghasilkan pahala. Apabila baginda berbicara, semua orang yang berada dalam majelisnya memperhatikannya dengan tekun seolah-olah burung sedang tertengger di atas kepala mereka. Bila baginda berhenti berbicara, mereka baru mula berbicara, dan bila dia berbicara pula, semua mereka berdiam seribu basa.


          Mereka tidak pernah bertengkar di hadapannya. Baginda tertawa bila dilihatnya mereka tertawa, dan baginda merasa takjub bila mereka merasa takjub. Baginda selalu bersabar bila didatangi orang badwi yang seringkali bersifat kasar dan suka mendesak ketika meminta sesuatu daripadanya tanpa mahu mengalah atau menunggu, sehingga terkadang para sahabatnya merasa jengkel dan kurang senang, tetapi baginda tetap menyabarkan mereka dengan berkata: "Jika kamu dapati seseorang yang perlu datang, hendaklah kamu menolongnya dan jangan menghardiknya!". Baginda juga tidak mengharapkan pujian daripada siapa yang ditolongnya, dan kalau mereka mau memujinya pun, baginda tidak menggalakkan untuk berbuat begitu. Baginda tidak pernah memotong bicara sesiapa pun sehingga orang itu habis berbicara, lalu barulah baginda berbicara, atau baginda menjauh dari tempat itu. Diamnya Nabi,Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Saya pun menanyakan pula tentang diamnya, bagaimana pula keadaannya? Jawabnya: Diam Rasulullah SAW bergantung kepada mempertimbangkan empat hal, yaitu: Kerana adab sopan santun, kerana berhati-hati, kerana mempertimbangkan sesuatu di antara manusia, dan kerana bertafakkur. Adapun sebab pertimbangannya ialah kerana persamaannya dalam pandangan dan pendengaran di antara manusia. Adapun tentang tafakkurnya ialah pada apa yang kekal dan yang binasa. Dan terkumpul pula dalam peribadinya sifat-sifat kesantunan dan kesabaran. Tidak ada sesuatu yang boleh menyebabkan dia menjadi marah, ataupun menjadikannya membenci.

         
             Dan terkumpul dalam peribadinya sifat berhati-hati dalam empat perkara, iaitu: Suka membuat yang baik-baik dan melaksanakannya untuk kepentingan ummat dalam hal-ehwal mereka yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat, agar dapat dicontohi oleh yang lain. Baginda meninggalkan yang buruk, agar dijauhi dan tidak dibuat oleh yang lain. Bersungguh-sungguh mencari jalan yang baik untuk maslahat ummatnya, dan melakukan apa yang dapat mendatangkan manfaat buat ummatnya, baik buat dunia ataupun buat akhirat.


Masih tidak terlambat lagi hani nak mengucapkan Salam Maulidur Rasul. semoga Rasulullah menjadi yang paling kita cintai selepas Allah. Amin :)



                                 CINTA ALLAH DAN NABI MUHAMMADD SAW.