PERSIAPAN DIRI SEBELUM BERKAHWIN..!!!!

Assalamualaikum.. semua sahabat yang di mana jual, sekali ini saya nak cerita masih bab-bab kahwin-kahwin lagi heee.. nampak sangat saya ni tak lama lagi hahaa... tak dew la merapu ajew, saya menulis entry pasal-pasal perkahwinan ini. tiada kaitan saya mahu kahwin atau saya sudah dekat nak kahwin hee.. entry ini saja untuk perkongsian dengan sahabat-sahabat.memang la dalam hati dok kata seronok nya depa dah nikah, saya bila lagi, angan-angan dalam hati "tahun ni aku nak nikah" isyaAllah kalau Allah dah hanta jodoh untuk saya, saya akan terima dengan hati terbuka.

Hari ini bukan nak tulis entry pasal saya nak kahwin okey hari ni nak tulis entry persiapan kahwin-kahwin untuk si dara dan si teruna heee... persiapan haruslah dibuat dengan rapi luar dan dalam untuk lebih besedia ke alam baru. tidak mudah untukkita menepuhi alam perkahwinan ini, kahwin memang seronok yew kan. tapi ada banyak benda perlu kita perlajari.
Perkahwinan adalah proses
mematangkan diri seseorang kerana mereka akan melalui rencah kehidupan. Dalam
perkahwinan, Islam meletakkan peraturan yang sesuai dengan fitrah manusia.Islam melarang meninggalkannya sama
ada kerana alasan ibadah mahupun keinginan untuk terus hidup membujang. Segala
perasaan akan mula diuji apabila mula memasuki ke alam rumah tangga.
Pengalaman manis, gembira, bahagia, sedih, marah pasti akan dilalui. Semua
cabaran itu menjadikan seseorang manusia yang lebih baik, berdikari serta
sabar.Paling penting dalam ikatan
perkahwinan ialah pegangan agama yang kukuh.Perkahwinan mengajar bersama saling
menghormati pasangan, bersifat positif dan semakin kuat bekerja supaya rumah
tangga yang dibina bahagia dan mendapat ketenangan.

Justeru, intery ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan kepada individu atau
pasangan yang bakal berumah tangga atau yang masih bujang dalam mempersiapkan
diri dengan ilmu mengenai perkahwinan sebenar yang dituntut dalam Islam.hak dan
kewajipan suami isteri, kehidupan selepas nikah dan hikmah di sebalik
perkahwinan itu sendiri.heeee, rujukan buat macam intry saya ni bagus sangat ahhaha... kalau intery ini tidak sama dengan pemikiran anda tiada masalah abaikan saya hanya kongsi-kongsi pengetahuan. saya pun cakap pandai ja!!! padahal belum nikah lagi.
Allah s.w.t menciptakan manusia
berpasang-pasangan dan ditanamkan dalam diri mereka perasaan kasih sayang. Dari
kasih sayang itulah manusia akan berkembang sehingga akan melahirkan generasi
seterusnya.
Mereka yang memahami dengan penuh
yakin rahsia perkahwinan akan berasakan ia bukan saja menyatukan dua hati tetapi
yang lebih penting ialah dua keluarga yang berbeza latar belakang, budaya atau
mungkin berbeza agama.
Oleh itu, bagi pasangan yang ingin
berkahwin perlu memiliki ilmu dan kemahiran tinggi, bertolak ansur dan saling
memahami perasaan pasangan dan keluarga masing-masing.sekian entry yang pangjang lebar dari saya terima kasih kerana menbaca tulisan yang buruk ini. sepatah kata daripada saya " perkara yang baik kita kongsi bersama:-)"
 |
SAYA YANG MASIH SENDIRI HEEE...
|
No comments:
Post a Comment