Saturday 19 January 2013

SIAKAP TIGA RASA..!!!

MASAKAN AIR TANGAN SENDIRI...!!!! 


      Assalamualaikum.. ni nak cerita lagi, tadi saya masak ikan siakap tiga rasa allahamdulilah menjadi walau pun tak berapa nak reti masak heee.. sepangjang saya cuti semesti ini saya tidak sia-sia kan peluang yang ada ini, untuk belajar masak. bila lagi nak boleh rasa masakan sendiri kalau tak belajar kan. saya ambik resepi daripa intenet juga semua kan ada sekarang semudah di hujung jari sahaja. 

         

 

 

           Lulus tak saya untuk menjadi sorang isteri miahhaha gatai nya.. ehheee.... pagi-pagi lagi bagun pesan dekat abah kalau nak keluar singah pasar beli ikan siakap. hentah la hari ni tiba-tiba teringin sangat-sangat nak makan ikan siakap tiga rasa. and yang paling hairan rajin pulak untuk memasak hari ini kalau tak depan tenet jew kejar saya ni miahhaha.. biasa lah anak dara zaman ciaber.. kalau tak buka facebook,twetter,mahu pun menulis entry di blog itu la kejar saya hahaa.. masa dok masak dalam hati dok macam dah mengata at saya ekk.. "aku masak ni jadi ka ha, siakap 3rasa ka siakap 10rasa" haha!!! lepas sudah masak tu, adik saya rasa dye kata lulus jadi isteri miahha bangga nya.






RESEPI MASAK IKAN SIAKAP TIGA RASA..!!!!

 

 

Bahan-bahan ( 2 - 4 orang )

  • 1 atau 2 ekor siakap

  • 1 labu bawang putih

  • 5 tangkai cili merah besar

  • 1 biji nenas masak (dalam tin pun boleh)

  • sos tomato, kicap, jus limau nipis atau cuka, pewarna merah, gula dan garam secukupnya

  • daun bawang dan daun ketumbar untuk hiasan 

 

Cara-cara

  1. goreng ikan siakap sehingga masak dalam minyak yang penuh. setelah masak angkat ikan itu dan tuskan minyaknya dan letak di dalam pinggan.

  2. cincang bawang putih dan cili bersama-sama hingga hancur

  3. hiris nenas kecil-kecil seperti dadu 

  4.  tumis bawang putih dan cili sehingga naik bau 



  1. masukkan air secukupnya (bergantung sama ada ingin berkuah atau kering)

  2. masukkan sos tomato, kicap, cuka dan setitik dua pewarna merah (boleh guna sirap),gula dan garam secukup rasa

  3. tutup kuali dan tunggu sehingga mendidih

  4. masukkan hirisan nenas tadi dan tutup kuali sehingga naik bau

  5. tuang kuah yang sudah siap ke atas ikan dan bolehlah dihias dengan daun bawang dan daun ketumbar

                                           "SELAMAT MENCUBA"

No comments: