Sunday 20 January 2013

merajuk lambang kasih sayang, saya memang suka merajuk!!!



 Kenapa Wanita Merajuk?

 merajuk..merajuk..merajuk...!!!!! saya memang suka merajuk hee..


         


             Assalamualaikum... selamat petang semua, terdetik di hati ini untuk menulis entry merajuk,merajuk,merajuk dan suka bila orang pujuk he.. Ada yang kata merajuk lambang kasih sayang. Kalau tidak merajuk maknanya ikatan kasih yang Justeru merajuk dengan pasangan sudah menjadi lumrah bagi sebilangan wanita. Pantang tersilap sedikit pasti muncung panjang sedepa. Mengapa?

 









               Salah satu punca utama yang menyebabkan wanita merajuk adalah sikap lelaki yang tidak peka dengan kehendak dan keperluan wanita antara punca yang menyebabkan wanita merajuk dengan lelaki masing-masing.Contohnya, sikap lelaki yang sering melupakan tarikh-tarikh penting seperi tarikh perkahwinan, hari jadi dan sebagainya boleh mencetuskan rasa tidak puas hati terhadap wanita. Situasi ini berlaku kerana wanita mengingati tarikh-tarikh itu amatlah bermakna bagi seorang wanita. Kegagalan lelaki mengingati tarikh-tarikh tersebut amat menggores hati sehingga menyebabkan mereka merajuk.

 

 

 

                Emosi juga memainkan peranan penting dalan soal rajuk merajuk ini. Kawalan emosi yang kurang stabil dan lemah membuatkan wanita cepat melenting, marah-marah, sakit hati, kecil hati dan merajuk apabila mendengar atau mendapat tahu perkara tidak disukai yang telah dilakukan oleh lelaki mereka walaupun perkara itu belum pasti kebenarannya.



 

 

 

                 Mendambakan perhatian dan kasih sayang daripada pasangan juga menjadi punca wanita merajuk dengan pasangan masing-masing. Ada lelaki yang terlalu mementingkan kerjar sehingga wanita berasa dirinya diabaikan oleh pasangan. Justeru, mereka sengaja merajuk untuk menarik perhatian lelaki dan melihat sejauh mana pasangan lelaki mengambil berat tentang diri mereka.



 

 

 

               Selain itu, wanita juga sering merajuk kerana cemburu. Hubungan rapat dengan kawan-kawan boleh menyebabkan mereka merajuk. Apatah lagi apabila berasa dirinya diabaikan dan dipinggirkan oleh pasangannya sendiri. Rajuk itu menjadi lebih parah apabila suami,boy freen sering memberikan pujian atau bersikap mesra dengan orang lain tetapi agak serius dan tegas dengan isteri,awek dan anak-anaknya.

 

 

              Dan merajuk ini sudah sebati dengan wanita, merajuk dan hendak dipujuk itu lah wanita. sejujurnya bukan kaum kami "kaum hawa" nak tunjuk keras kepala. tetapi merajuk itu kan satu sifat Allah kuniakan kepada wanita. lembut, cepat tersentuh,manja,cepat menagis. itu la senjata wanita, seperti saya juga yang kuat merajuk ini hee.. tetapi saya merajuk pun bertempat la. tidak merajuk tiba-tiba ja..!!! wanita walaupun kuat merajuk tak semestinya ia lemah.  

 

 

                  Wanita di berikan anugerah sifat lembut dan merajuk menbuat pasangan lelaki tertarit untuk memujuk dan mendekati wanita. mana tak rungsing si lelaki kalau pasangan nya merajuk seharian. mereka pun boleh pujuk bagai kan nak gila.kepada lelaki di luar sana saya nak bagi tahu ni jangan bagi wanita merajuk, ngat tarihk pengting-pengting itu. kerana hari-hari yang istimewa bagi wanita hendak la di di  kongsikan dengan pasangan.



 


No comments: