Friday 8 March 2013

ya Allah

mak... anak mak da besar....

 

 

Assalamualikum.. WBT.salam ukuwah buat semua sahabat-sahabat saya. semoga berada di dalam keadaan sihat-sihat belaka, dan bawah lembayung rahmat Allah SWT. Apa khabar penbaca semua? harap baik-baik sahaja korang. terutamanya hati dan jiwa mesti la kena gembira sahaja heeheeee... ermmmm.. apa yang hendak di tulis kan yeee? nak cerita sedih ka gembira?ermmm hani nak cerita ini agak menyentuh perasaan dan jiwa hani ini. Entah la tiba-tiba ja hati ini rasa sayu sangat.

Pernah suatu hari hani putus asa. hani selalu fikir kenapa Allah takdirkan hani lalui semua ni.
waktu hani tingkatan satu, mak Hani meninggal.

Saya sayang mak saya sangat. orang yang paling rapat dengan saya.. orang yang sentiasa bagi kata-kata semangat untuk saya. orang yang selalu sambut saya waktu saya balik dari asrama.. Saya ke-5 daripada 6 orang adik beradik. lepas mak meninggal, kami adik beradik tinggal dengan Abah. Masa mak meninggal tu Abah sungguh tenang menerima pemegian mak walaupun hatinya tidak rela.

saya ada sorang kawan baik. everyday dia pasti akan guide saya. supaya saya tak putus asa dalam hidup. dia bagi kata-kata semangat pada saya untuk teruskan hidup. akhirnya kami sama-sama habis sekolah  dye menjadi best student di sekolah kami. dia mendapat 11a spm. dan saya Biasa-biasa sahaja tapi alhamdulillah..saya membuat keputusan untuk masuk ke ALLIANZE UNIVERSITI COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES,selepas menolak tawaran sambung belajar di UITM ARAU. dan dia pula sambung STAM.



saya mendapat panggilan dari keluarga minta untuk saya balik. atuk sakit tenat. dalam hati saya cuma satu yang saya minta. minta Allah selamatkan atuk.. tapi Allah lebih sayangkan atuk saya.. atuk juga pergi menghadapNya..

ya Allah.. saya down sangat.. saya rindu.. saya rindu nak ada orang peluk saya.. saya rindu nak ada orang bagi kata-kata semangat untuk saya. saya rindu... saya rindu mak. saya rindu atuk..
saya rindu sangat... al fatihah untuk arwah mak, arwah atuk.

No comments: