Thursday 28 February 2013

UNGKAPAN DARI SEORANG WANITA KEPADA BAKAL IMAMNYA

ASSalamualikum.. W.B.T .kepada keluarga saya, sahabat-sahabat dan kepada bakal imam saya. malam-malam macam ni rajin pulak tangan ni nak taip entry yang hendak saya tuliskan ini. Saya nak tulis entry ungkapan dari seorang wanita.Kepada bakal imamnya. Tau tau la apa motif saya nak tulis yang jiwang malam-malam macam ini. Mungkin nak main dengan perasaan kut hehee.. Pejam jelik-Pejam jelik dah masuk bulan 3 kan. Cepat nya masa, bulan 3 ni juga lah akak hani akan mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati nya sendiri, moga-moga bahagia. hani bila lagi ekkk ermmm entah la huhu... Agak-agak siapa lah future husband saya tu ekk.. menanti..menanti..menanti. 

 

  Kini,saya masih menanti penantian ini amat menyakitkan. Sangat menyakitkan hati kita ini. Namun saya yakin pada kuasa Allah. Yang memegang hati ini kita. Ya Allah, peliharalah kami dari bebuat maksiat, Aku di sini, dia di sana. sesungguhnya. Jarak inibanyak mengajar saya untuk bersabar dan kekal setia dengan perasaan ini.Ya Allah, Allah lah maha mengetahui setiap apa yang berbisik di dalam hatiku dan hatinya. 

Saya tidak memintak banyak Ya Allah. Cuma berharap agar kami sama-sama kekal berada di dalam keimanan. Saya yakin jarak ini dapat menbantu kami menjadi insan dan mukmin yang lebih baik, inyaAllah. Andai Allah tetapkan bahawa aku akan berada di sisi mu,inyaAllah aku akan setia berada di sampingmu hingga syurga Allah. 

 

 

saya yakin,saya yakin satu hari nanti engkau akan bejabat tangan dengan Abahku. untuk mengucapkan lafaz-lafaz nikah, inyaAllah . pada masa itu perkara yang menjadi haram kini, akan menjadi halal buat  selamanya . Namun kini, saya harus bersabar dan terus bersabar.

 

 

  Demi memelihara kesucian cinta ini. Aku hanya yakin pada Allah . seandainya Allah menetapkan engkau adalah jodohku, insyaAllah kita akan bersama nanti. inyaAllah kita akan bersama nanti.Dalam setiap doaku . aku sentiasa berdoa agar Allah menyatukan kita pada suatu hari nanti . 

 

  P esananku buat mu. Bersama-samalah kita menjaga diri dan mencari cinta Allah. saya juga berharap engkau adalah insan yang akan mengajarkku untuk menguatkan cinta kita kepada Allah . saya juga berharap engkau adalah insan yang mengajarku untuk menguatkan cinta kita kepada Allah . itu sahaja harapanku. terima kasih sudi men baca wahai bakal imamku.


No comments: