Tuesday 26 February 2013

Di dalam perjalanan hidup ini :)

 

ASSalamualaikum.. wanita dan lelaki, dah lama betul saya tak melawat jejari manis ini rindu pulak kita heehee,,.. awak-awak rindu tak :) fuhhh..fuhhhh.fuhhhh berhabuk pulak blog kita ni, ah maklum lah dah lama tak cuci-cuci blog kita ni hehee... Kita bizy sikit dengan kelas yang padat. memandangkan hari ini kelas habis awal dan masa megizimkan saya untuk menulis  entry yang baru. hani nak tulis entry pasal apa la. tak terdetik lagi di hati ini. cepat-cpat, fikir er,mmmm dah dapat hani nak tulis entry pasal kehidupan harian kita sebagai seorang manusia ini. Dan cabaran kehidupan.


Hidup ini penuh dengan cabaran. Ada cabaran berbentuk kesukaran. Ada cabaran berbentuk kesenangan. Semuanya adalah susah sebenarnya. Kerana cabaran itu datang dalam bentuk yang menipu daya. Apatah lagi kita hidup dalam kalangan manusia, yang penuh dengan persepsi masing-masing. Mempunyai hati masing-masing. Kadangkala pandangan yang berbeza membuatkan mereka tidak bersama kita dalam membantu untuk mengeluarkan diri dari cabaran-cabaran ini. Bahkan, ada yang menolak kita untuk jatuh.

 

Hidup ini penuh dengan cabaran, dan ramai mengharap bahawa orang lain akan merasa kasihan. Tetapi sesungguhnya tiada yang merasa belas kepada diri kita, tiada yang benar-benar mampu membantu diri kita, melainkan Allah SWT dan diri sendiri sebenarnya.Hidup ini penuh dengan cabaran. Kerana itu ramai yang berfikiran pendek, sekadar mahu menghentikan kehidupan.

 

 Di dalam perjalanan hidup ini, semenjak saya kecil hinggalah saya membesar, saya telah bertemu dengan pelbagai jenis manusia. Saya yakin, pada umur saya 21 tahun ini, jika Allah panjangkan lagi umur saya, maka saya akan bertemu dengan pelbagai lagi jenis manusia.Pada umur saya 21 tahun, saya telah bertemu dengan ramai manusia yang mengecewakan saya, membuatkan jiwa saya sakit, mengkhianati saya, dan kadangkala membangkitkan amarah saya.

 

 Kadangkala saya dapat jumpa sebabnya kenapa, dan bukan tiada yang disebabkan saya. Ada. Saya manusia yang melakukan kesilapan. Bagi yang sebabnya kerana saya ada silap, itu tiada masalah.Tetapi ramai yang bermasalah dengan saya itu, bermasalah atas sebab-sebab yang sangatlah rapuh, dan kadangkala hanya kerana fitnah. Bila diajak berbincang, ego untuk mengakui kesilapan, dan kemudian menuduh kembali saya pula yang ego untuk tidak mengakui kesilapan yang saya tidak lakukan  Itu belum dikira dengan golongan yang memandang rendah, menyindir, menghina dan sebagainya.Ya, manusia memang akan bermasalah dengan kita. Tetapi Allah bukan begitu.

 

Tetapi Allah bukan demikian kepada saya, dan saya yakin kepada seluruh hamba-hambaNya.Saya ada dosa dengan Allah SWT, tetapi Allah tidak menghancurkan saya terus selepas saya melakukan dosa. Dia memberikan saya petunjuk, hidayah, peringatan agar saya bertaubat kepadaNya.

 

Selepas saya bertaubat itu, dan saya berdosa lagi, Allah masih membuka peluang kepada saya. Lagi dan lagi. Sehingga saya menjumpai satu kata-kata yang menginsafkan saya:“Allah itu tidak akan berhenti memberikan keampunan, melainkan kala engkau bosan memohon ampun kepadaNya.”Hingga saya jadi malu dengan sifat Maha Pengampun Allah SWT.




Kehidupan ini penuh dengan cabaran. Bunuh diri dan menghentikan kehidupan bukanlah penyelesaian. Kerana harga hidup itu adalah pada yang berani maju ke hadapan. Matahari akan tetap terus terbit dan terbenam, hujan akan tetap terus turun dan berhenti, manusia lain akan tetap terus berjalan menuju mati, walaupun selepas kita tiada nanti. Cabaran akan mentertawakan kita, kerana lemahnya kita hingga memilih untuk mati.

 

 

Hidup ini penuh dengan cabaran, jika kematian pun bukan penyelesaian, maka apatah lagi tangisan. Menangis hanya kelegaan yang sebentar. Jika terlalu dipanjangkan, akan melembikkan. Menangis bukan jalan keluar, tetapi hanyalah tempat rehat untuk mengaut kekuatan. Kerana itu jangan sampai dilemahkan tangisan. Cukuplah sebentar cuma, menyelesaikan cabaran adalah dengan menghadapinya.Hidup ini penuh dengan cabaran, pahit dan perit. Pedih dan sakit. Kadangkala telah selesai cabaran itu, datang pula cabaran yang ini. Telah habis cabaran yang lalu, datang pula cabaran yang kini. Hingga kadangkala kita bertanya, di manakah bahagia di dalam dunia ini?

 

 Yang menciptakan dunia ini adalah Allah SWT. Dan tiadalah Allah SWT itu zalim. Tidaklah juga Dia itu buta dan tuli. Dia melihat dan mendengar. Sentiasa memerhatikan hamba-hambaNya yang bangun menghadapi cabaran. Bahkan cabaran itu sendiri adalah ciptaanNya. Hamba-hamba yang memahami akan menyedari. Maka hanya kepada Allahlah kekuatan dicari.

 

Allah jualah yang akan mampu menghargai kita dengan penghargaan yang sempurna. Dia jugalah yang akan mampu bersama kita setiap masa. Dialah yang kalau keadilan tidak tertegak buat kita di dunia ini, yang akan menyempurnakan keadilan itu untuk kita di akhirat sana.Pasti.Maka kepada Allahlah kita sujud, kerana Dialah kita bekerja, dan hanya redha Dia sahaja menjadi matlamat kita.Dengan kepercayaan ini, kita menjadi perkasa, dan tiada manusia yang akan dapat menganggu perjalanan kita.

 

 

                         

                 Maka kembalilah kepada Allah. Mari Menjadi HambaNya!  


TERIMA KASIH BACA ENTRY hani yg panjang dan tak seberapa ni.

   


No comments: