Thursday 20 December 2012

DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE

Entry yang korang tunggu-tunggu.. ewahhh... macam le korang tunggu sangat kann.. hehehe.. Sebelum tu saya nak bagitaau, saya tak ikut mana-mana kelas masakan.. 

  SAya hanya belajar melalui pembacaan di internet, pastu saya akan berimaginasi cara-cara membuatnya.. maka dengan daya imaginasi saya tu lalu terhasillah resepi yang saya try.. bhahahha..

 
 

 Sebenarnya ada 2 resepi Durian Crepe ni. Resepi pertama menggunakan kuning telur, tepung kek, gula dan susu. Manakala resepi ke 2, menggunkan tepung gandum, garam dan santan.

Kedua-dua resepi ita cuba, dan saya sukakan resepi yang ke 2 ni.

Pertamanya kerana crepe tu jadi cantik dan mudah untuk di lipat.

Resepi pertama boleh tahan juga sedapnya, disebabkan ia menggunakan tepung kek, ia naik sikit dan susah nak dapatkan crepe yang nipis dan mudah koyak bila di lipat.

Ia juga mudah hangus kerana ada diletakkan gula.

Kalau resepi yang ke 2, kita boleh gunakan mana-mana sahaja bahagian crepe kerana kedua-dua bahagiannya cantik.


hani dapatkan resepi ni dari  Resepi dari Fatmah Bahlawan dan Nia Kurniasih. Terima kasih ye semua kerana sudi kongsikan resepinya.

Kepada yang dah tak sabar nak mencuba.. apa tunggu lagi..




250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau
Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis
Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.

1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya
Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit


 Bentangkan 1 keping crepe

Letakkan Whipping Cream di tengahnya

Letakkan isi durian

Tutupkan semula dengan Whipping Cream

Lipatlah crepe

Kemudian simpan dalam peti ais sebentar

Enak di hidangkan dingin


       

comey tak bantal tido saya hehehe... balik kg ni nak buat dekat orang yang tak makan durian crepe ni, tak makan tapi nak..nak haissss... tak paham betoiiii budak..budak zaman la ni..!!!!!!  balik kg ni nak cipta warna-warni pink,purple,kuning ha mt chumeyyy kan... hehehhe


No comments: