Sehidup semati
ASSALAMUALAIKUM CINTA!!!!
eceh2 gatai aku ni hehehe....
tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik."
Ayat ni lah
yang menjadi topik perbualan aku dan seorang rakan seperjuangan dunia
akhirat aku semalam. Macam gatal jugak kan cakap pasal kahwin-kahwin ni.
Yela.. Umur baru 20tahun. Muda lagi, enjoy life dulu la bak kata orang
zaman sekarang. Tapi hakikatnya, bermula dari umur muda inilah aku kena
fikirkan soal jodoh supaya dapat aku persiapkan diri untuk membina
sebuah keluarga yang bahagia (ceewahh..).
Bagi si
adam, tanggungjawab anda selepas berkeluarga sangat besar. Anda
diberikan amanah oleh Allah membimbing bukan sahaja isteri tetapi juga
anak-anak yang bakal hidup bersama di jalanNya. Jadi, bermula dari usia
muda inilah anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu Fardhu ain,
untuk bekalan bersama hidup di dunia untuk mengejar kebahagiaan di
akhirat kelak. Selepas kahwin, dosa isteri dan anak-anak semua
bergantung di bahu anda. Baik bimbingan anda, insyaAllah ringanlah bahu
anda. Buruk bimbingan anda... (fikir-fikir la sendiri).
Bagi si
hawa pula, anda juga ada tanggungjawab yang besar! Tanggungjawab yang
diperlukan sebagai isteri yang patuh kepada suami dan sebagai ibu yang
lembut membelai anak-anaknya. Memang tiada dinyatakan tugas untuk
menguruskan kerja rumah adalah tugas wanita, tetapi persiapkanlah diri
dengan ilmu memasak, mengemas rumah, berhias diri sejajar dengan tugas
anda untuk membahagiakan dan meringankan beban suami anda (uik, terasa pulak. ngee..)
Tempoh
perkenalan yang lama diantara si dara dan si teruna juga bukanlah
perkara 'wajib' sebelum ke jinjang pelamin. Tempoh 'berkenal-kenalan'
yang lama hanya mengundang maksiat. Kononnya "Kena la kenal lama-lama
dulu, baru boleh tahu sesuai ke tak". Dalam masa berkenal-kenal mesti la
kena keluar dating-dating kan. Pastu nanti datang la kawan rapat kita,
Incek Syaitan (bukan nama sebenar) join sekaki. Pastu ada la kes terlebih kenal sampai buang-buang anak (tahniah, kita berjaya membuat incek syaitan gembira). Mungkin kita takde la sampai buang-buang anak ni, pegang-pegang tangan je (tu pun maksiat jugak lerr).
Tup tap tup tap, sebab terlalu kenal ter'clash' pulak. Dulu cakap nak
tau sesuai ke tak, so kalau tak sesuai means boleh terima kenyataan la.
Tapi ni tak, bila clash tu ada pulak la yang meraung, menangis 40 hari
40 malam tak dapat terima kenyataan (tahniah lagi sekali sebab incek syaitan sedang melompat-lompat keriangan).
Kalau kita
suka kat seseorang, before ambil keputusan untuk make a move, apa kata
kita solat istikarah dulu? Mintak supaya Allah dekatkan dia dengan kita
sekiranya dia baik untuk kita, agama kita, dunia kita dan juga akhirat
kita. Kita juga kena redha dengan apa jua petunjuk yang diberikan Allah
kerana Dialah yang maha mengetahui. Jika 'seseorang' itu bukan untuk
kita, yakinlah bahawa Allah menyediakan yang lebih baik untuk kita. Jika
'seseorang' itu baik untuk kita, mulalah langkah dengan bertaaruf
seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah (Taaruf adalah kegiatan
bersilaturahim, berkenalan bertatap muka, atau bertamu ke rumah
seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya), bukan dengan
cara berdating yang hanya mengundang maksiat yang menjadi mancis ke
lembah api perzinaan. Jika kita ikhlas niat kerana Allah, insyaAllah
hubungan kita ini akan mendapat redha yang Esa dan kekal hingga ke anak,
cucu, cicit, cicit punya cicit (panjang betul umur).
********************************************************************************
Rasa nak kahwin la", aku menggedik.
"Hamboi!! Gatalnya.. Calon dah ada ke?".
No comments:
Post a Comment