Tuesday 25 December 2012

INI LAH MANUSIA...

Pasar Ikan .

''Dia tuh kan dulu tak pakai tudung . Ishh ishh sekarang dah pakai tudung ? Mesti sebab pakwe .''

''Haah yelah . Mesti pakwe dia suruh . Dulu dia tuuu ishh tknk lah cakap mengumpat dosa besar .''

Bawah pokok durian .

''Ngkoo tau tak dulu mamat tuu rambut dia warna merah tau ! Sekarang dah berkopiah ? Pastu g masjid solat berjemaah kat sana . Mesti sebab awek dia alim . Astaghfirullahal'adzim .. Dosa dowhh ngumpat .''

''Eh ngko pun perasan gak ? Aku da lama perasan . Agaknyalah awek dia alim .''

----
Kenapa manusia mesti buruk sangka ? Sedangkan mereka berubah kerana Allah Ta'ala . Dah buruk sangka memfitnah pula tu . Mana dia tahu orang tuh ada couple2 ? Biasanya orang yang buruk sangka seperti ini bersifat dengki iri hati sebab dia tak camtu . Jangan pandang masa silamnya tapi pandang dia siapa dia sekarang . Allah yang berhak nilai kita hanya mampu menasihati .

*
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.”Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat .”
(Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Hibban)

Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah HARAM dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Qalam ayat 10-11 tafsirnya:

"Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah , lagi yang hina , yang suka mencaci , lagi yang suka menyabarkan fitnah hasutan".


No comments: